09 December 2013

Wahai Hati, TABAHLAH !


tak pernah terjangka dan terduga yang semua ini akan berlaku. kadang kadang, terasa macam nak mempersoalkan kenapa ini berlaku.? tapi, cepat-ii aku tersedar dan beristighfar. maka, aku menyedarinya bahawa ada sesuatu yang ALLAH nak tunjukkan pada aku. mungkin bukan sekarang.

sedang aku duduk berehat, fikiran aku terganggu oleh pelbagai masalah yang aku hadapi sekarang ni. Ya RABB, aku mohon kau kuatkan hati aku. tetapkan hati aku hanya untukMU. 

*** seorang insan istimewa dalam hidup aku, mengalami penyakit yang menyebabkan dia tak mampu duduk dengan selesa. adakalanya, terasa sengal di belakang badannya. saat dia menghadapi kesakitannya, rupanya ada sesuatu yang dirahsiakan olehnya kepada keluarganya. mungkin pada pandangan luaran, nampak seolah olah tiada apa yang berlaku. tapi, itulah hakikatnya. ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terjadi sebenarnya.


*** seorang insan yang hadir dalam diri aku ketika aku betul betul memerlukan. apabila dihitung semula, sudah hampir 3 tahun kami bersama menempuh dugaan dan cabaran. namun siapa sangka, dalam pada senyumannya, terdapat kesakitan yang sedang dialami olehnya. kesakitan yang tak pernah disangka sangkakan. dalam dirinya, terdapat dua pilihan. pilihan pertama yang berisiko, manakala pilihan kedua pula, boleh mendorong kepada pilihan pertama. jadi tiada pilihan lain selain pilihan PERTAMA .

# Ya ALLAH, andai inilah dugaan yang kau berikan padaku, aku redha.

hanya satu yang aku mengharapkan daripada mereka berdua. SEMBUH. sembuh daripada penyakit ini. namun, hanya ALLAH yang mampu berikan KESEMBUHAN kepada mereka berdua. namun, seandainya sebaliknya adalah terbaik disisiMU, aku redha. hanya ENGKAU yang MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk hambaNYA.



sebagai hamba, kita hanya mampu berdoa agar ALLAH berikan yang terbaik.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

07 December 2013

Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum. Selamat pagi. Haha. Sapu tahi mata tu sebelum baca entri Huda kali nih. Yelahh. Nanti tak dapat nak baca. Hehe.
 
haha. Oklah. Sapa dah baca novel Ramlee Awag Murshid? Haa. Amacam, best tak. Sekarang ni Huda tengah baca novel dia bertajuk '9 Nyawa'. Huda suke novel Ramlee Awang Murshid sbb novel die 'thriller' dan mmbuatkan kita rasa macam nak baca lagi. Best kann.?
novel ramlee awang murshid atau digelar RAM, ni banyak yg mngisahkan kehidupan sekarang. Dan penuh berimaginasi sampai kita pon tak sangka bahawa ia akan berlaku. Gempaklah. Big applause to him!
oklah never mind lah kalau ada yang tak suka penulis novel ni. Sbb Huda tak nak paksa paksa. Tapi kalau Huda, Huda lebih gemar untuk membaca novel novel yang berimaginasi sbb ia akan menambahkan kreativiti berfikir kita. Haha. Membebel pulak aku nih. Oklah. Rasa macam malas nak tulis banyak banyak. Sebelumtu, Huda nak sarankan supaya bacalah satu novel dia, pasti rasa macam nak baca yang lain pulak. Okeh.
Assalamualaikum. Dan moga terhibur baca entri nih. Bubai! : 3

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

03 December 2013

Alhamdulillah .


Alhamdulillah, setinggi tinggi kesyukuran kupanjatkan kehadrat Ilahi.  Peperiksaan SPM 2013 juga baru sahaja habis ! hoho. *lompatsikit* . ok. tapi jangan bergembira sangatt. sebab sekarang adalah waktu bagi pemeriksa memeriksa kertas-ii yang telah dijawab . aish. kena banyak-ii berdoa tau. jangan lupa solat hajat dan istiqamahkan ia :) InshaAllah, peringatan untuk diri sendiri jugak :)


Alhamdulillah, rezeki yang ALLAH nak bagi. siapa sangka. InshaAllah, perancangan lepas SPM ni, nak buat persediaan ke JORDAN. Alhamdulillah, dapat ke Jordan tanpa bayaran apa-ii pon. hnya bayaran utk passport dan byran perbelanjaan sendiri je. tulah namanya REZEKI :) . inshaAllah, dapat belajar bahasa arab kat sana. haha. ana jadi orang arablaa nannti .. 

jangkaan tarikh bertolak mungkin 15 JANUARI 2013 dan akan duduk di universiti al bayt . kemungkinan jugak 20 @ 23 *somethinglah* akan pergi orientasi. persediaan untuk ke sana :) 

oklah. doakan Huda berjaya ye di sana. dan pesanan dari saya :-
  • berdoalah kepada Allah, seperti budak kecil meminta sesuatu dari ibu ayahnya.
  • ingat ! bila dah buat sesuatu yang baik, teruskann.  istiqamah. ( ini sebahagian dari pesanan ibu waktu Huda darjah enam )
hmm. pesanan ni juga untuk diri Huda yang sentiasa memerlukan peringatan.
ingat perbanyakkan memohon kepada ALLAH. inshaAllah, apa yang kita mahukan akan diperoleh walau dengan cara macam mana pun, dan sekiranya ia baik di sisi ALLAH :) .

P/S : siapa sangka rezeki yang ALLAH akan bagi pada diri kita semua :D

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment