02 February 2015

PLEASE JANGAN SEKSA DIRI AWAK !


Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, hari ni tiba-tiba Huda sempat nak meng'update' blog even dah lama sangat tak update. Okay, disebabkan dah lama tak update, so of course lah banyak cerita sikit. maka ceritanya pun bermula. 

Actually, Huda bukan nak bercerita sangat tapi untuk pesanan kamu kamu semua yang nak masuk alam universiti, benda penting sekali kena jaga ialah HATI. 

"Eh, kenapa dengan hati ? Ramai yang sakit hati ke ?"
"Kenapa ? Ada kanser hati ke ?"

Oppss. Salah. Maksudnya awak semua kena pandai jaga perasaan awak sendiri. Diulang semula JAGA PERASAAN AWAK SENDIRI. Sebab apa tau. Haaa. Let me tell you something. 

Memanglah Huda tak menafikan kalau ada di kalangan kawan satu semester dengan Huda yang baru je setengah sem kenal, dah ber'couple'. Okayy, awak awak semua. Memang peraturan dekat Universiti agak bebas. 

kau nak couple dengan siapa, takkisah.
kau nak jadi buaya darat pun tak siapa kisah.
kau nak lelaki ramai terkejar kejar dekat kau, siapa kisah.
kau nak buat apa pun takkisah.
siapa nak kisah kau buat semua tu?

"Eh, lecturer takkisah ke kita couple ?"
"Takde guru disiplin ke ?"

HELLOOO ! inilah universiti. Siapa nak larang kau nak ber'dating' ke nak keluar jenjalan sama sama ke. takde siapa kisah nakkk ooii. 

Haaaa. sebab itu laaa, Huda nak pesan, awak kena pandai jaga diri dan perasaan awak sendiri. Okay Huda bagi satu cerita.
       
        ***********************************************************

BAYANGKAN....

Andaikata awak bercouple dengan 'lelaki idaman' awak tu. Then, keluar laa jenjalan la. Dating la. Makan sama-sama la. Pergi kelas sama-sama. Study sama-sama. (( hmm, rajin study same same ye )) . Then, nak balik kelas pun sama-sama. Kalau macam ni, awak rasa awak ada masa ke dengan kawan-kawan awak ? Awak enjoy ke life awak macam ni ? ANDAIKATA, awak lelaki. For sure lah lelaki nak belanja girlfriend dia. Takkanla girlfriend nak belanja boyfriend. And kalau awak di situasi girlfriend ni, awak nak ke setiap hari jumpa lelaki tu. awak nak ke setiap hari makn dengan dia. awak nak ke setiap hari kene makan cover cover sopanla. 

     ***************************************************************

Pada pendapat Huda lah kan, Si Boyfriend dan Girlfriend ni telah memainkan perasaan diri diorang masing masing. Okay, sejujurnya, mana lelaki tu dapat duit belanja. Of course lah daripada parents dia. Ingat senang ke nak belanja GF dia tu. 

"Alaaa, Huda. Dia kaya, boleh cerita laa nak belanja GF dia tu"
"Alaaa Huda, mak ayah diorang takkisah pun, kau nak kisah apa?"

Haaaa. Yelaa. kaya eh ? Habistu, dah kalau setiap hari nak belanja GF, tak ke membazir ? Andaikata si BF makan around RM10, and si GF dalam RM5 *almaklumla, perempuan makan sikit:))* . Awak yg si lelaki, tak rasa ke RM5 tu awak boleh menabung untuk masa depan awak. Awak tak rasa ke awak boleh guna RM5 tu untuk fotostat. Awak tak rasa ke RM5 awak boleh makan tambah sepinggan lagi. Tak rasa ke ? Awak dah menyeksa diri awak sendiri. Awak ikat perut awak untuk belanja GF awak tu. Haissshhh.

Haaaa. Yang si GF ni pulak, awak tak rasa rimas ke awak menatap orang yang sama. Awak tak rasa rimas ke awak makan dengan orang yang sama. Awak tak rasa dikongkong ke bila awak nak tegur kawan lelaki awak si BF awak jeles ?

"Cemburu tanda sayaaaanggg, Huda ;))"

Haaa, tanda sayang lah sangat. Padahal, buat ni salah. Buat tu salah. Apebende pun salah. At last, break up. Then, find someone better than him. Then, break up. Alaaa, kalau setakat nak tukar pasangan, takpayah nak buang masa awak dengan tukar tukar orang laaa. Nanti awak yang akan rimas. Buang masa je main whatsapp dengan dia lepastu break up. Buang masa je study sama, lepastu break up. Buang masa je dia belanja awak, lepastu dah break up, entah dia Halal kan ke tidak. Hmmm. Awak pun menyeksa diri awak sendiri. Sebab awak buang masa awak dengan lelaki yang akhirnya awak tak pasti ke mana hala tujuan awak dengan dia nanti.

Haaa, so, Huda nak cakap dekat awak semua. Buat masa sekarang ni, *bagi mereka yang baru nak melangkah ke alam universiti lah* . Awak tak perlu lah nak mencari pelengkap tulang rusuk kiri awak tu. Buat masa ni, awak ramaikan teman. Ramaikan sahabat. Ramaikan kawan. Sebab bila susah, kita boleh carik diorang. Seorang tak dapat tolong, ada spare lagi. Heee peace yau !

Okayy, rasa macam dah panjang sangat membebel. Huda harap sangat awak semua pegang nasihat Huda ni. Andaikata awak dah ade yang punya, awak fikirkanla. Apa yang pro and cons nya. Kalau awak takde, Huda ucapkan TAHNIAH, sebab awak sama macam saya and jangan cari dulu. Hold dulu kalau nak cari pelengkap tulang awak. Sebab banyak benda lagi awak nak fikir. Awak nak exam, nak makan, nak study. Nak manage masa as a student ni bukanla senang. Andai awak terlalu terleka, diri sendiri merana. Andai awak terlalu abaikan diri awak sebagai seorang pelajar di universiti, Huda nak cakap yang you dah terlalu jauh sangat nak achieve what you want to be. 

So, that all from Huda yang lemah lagi tak berapa nak pandai sangat. Thanks for spending your time to read my post. Till meet you again. Assalamualaikum, love you. *KISS*

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment