09 December 2013

Wahai Hati, TABAHLAH !


tak pernah terjangka dan terduga yang semua ini akan berlaku. kadang kadang, terasa macam nak mempersoalkan kenapa ini berlaku.? tapi, cepat-ii aku tersedar dan beristighfar. maka, aku menyedarinya bahawa ada sesuatu yang ALLAH nak tunjukkan pada aku. mungkin bukan sekarang.

sedang aku duduk berehat, fikiran aku terganggu oleh pelbagai masalah yang aku hadapi sekarang ni. Ya RABB, aku mohon kau kuatkan hati aku. tetapkan hati aku hanya untukMU. 

*** seorang insan istimewa dalam hidup aku, mengalami penyakit yang menyebabkan dia tak mampu duduk dengan selesa. adakalanya, terasa sengal di belakang badannya. saat dia menghadapi kesakitannya, rupanya ada sesuatu yang dirahsiakan olehnya kepada keluarganya. mungkin pada pandangan luaran, nampak seolah olah tiada apa yang berlaku. tapi, itulah hakikatnya. ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terjadi sebenarnya.


*** seorang insan yang hadir dalam diri aku ketika aku betul betul memerlukan. apabila dihitung semula, sudah hampir 3 tahun kami bersama menempuh dugaan dan cabaran. namun siapa sangka, dalam pada senyumannya, terdapat kesakitan yang sedang dialami olehnya. kesakitan yang tak pernah disangka sangkakan. dalam dirinya, terdapat dua pilihan. pilihan pertama yang berisiko, manakala pilihan kedua pula, boleh mendorong kepada pilihan pertama. jadi tiada pilihan lain selain pilihan PERTAMA .

# Ya ALLAH, andai inilah dugaan yang kau berikan padaku, aku redha.

hanya satu yang aku mengharapkan daripada mereka berdua. SEMBUH. sembuh daripada penyakit ini. namun, hanya ALLAH yang mampu berikan KESEMBUHAN kepada mereka berdua. namun, seandainya sebaliknya adalah terbaik disisiMU, aku redha. hanya ENGKAU yang MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk hambaNYA.



sebagai hamba, kita hanya mampu berdoa agar ALLAH berikan yang terbaik.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment