07 September 2016

NASIB BADAN LAH WAHAI DIRI

Hai guys. Seperti biasalah, nak cerita cerita sikit dengan you all hahahaha. Tapi taktau lah kalau rasa mcm cerita ni lawak ke atau sedih bagi korang semua hahaha. 

Ceritanya bermula dengan satu insiden ni. Di mana cermin mata Huda patah. Ingat lagi, tarikh 30 Ogos 2015, cerita pasal cermin mata jugak. And bendanya berulang kembali. 30 Ogos 2016 pun, cermin mata yg baru setahun pakai, patah lagi. Okay, Huda rasa lawak. Hahahaha. 

Then, dah habis pasal kes cermin mata patah, hari esoknya, semua benda yg Huda buat semua tak jadi. Semuanya mcm tak betul je. Pagi esoknya, nak bukak kotak ice cream, tiba tiba tangan terluka sebab tergesel dengan bekas penutup tu. Lepastu, terlanggar dinding lah apa lah. Habis lebam lebam badan Huda hanya disebabkan terlanggar dinding lah apa lah. Okay. I am too clumsy. should be careful always. Hahaha

Next, habis cerita pasal my clumsiness, cerita pasal Huda kena alahan pulak. Ya Allah. Tak pernah allergic pun. Selalu main makan je macam macam. Sebab memang tau yg tak ada alahan. Teruknya sampai naik dekat muka rasa gatal gatal tu. Lepastu, dengan baik hatinya dan rasa simpati roommate huda, dia bawak pergi klinik. Rupa rupanya, doktor kata huda allergic pada persekitaran. Dr kata, mungkin ada terduduk mana mana yg memang badan Huda takboleh terima. Dr buat injection dkt Huda. uish. Terasa bisanya bila jarum tu masuk. Nak kata, masa kena cucuk masa darjah enam tu, lagi rasa tak sakit daripada kena cucuk yg ni. Sakitnya sampai nak tidur tu, takboleh tekan atau himpap bahagian yg kena cucuk tu. Dah lah memang dah lama tak jejak kan kaki ke klinik or any hospitals. Since kejadian tangan huda injured tu, masa tu umur 17  tahun. Form 5. lepas kejadian kena pergi hospital putrajaya berbulan bulan tu, memang dah lama tak jejak kan kaki ke hospital and klinik mana mana. seakat teman orang tu, ada lah hahahaha. 

Okay. Huda rasa Huda kena banyak banyak bawak bertenang. Sebab banyak yg berlaku ni disebabkan kecuaian diri sendiri. And rasanya sebab dah banyak sangat dosa kot. So, Allah bagi sakit sikit dekat Huda. 

Rasanya sampai sini je. Huda dah letih. Tadi pagi ada test. Tapi taktau lah dapat berapa :'( Apa apa, bergantung harap pada yg Maha ESA je. 

Thats all for now. see ya next time!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment