14 February 2015

Boyfriend saya ?


Bismillaahirrahmaanirrahiim. Apa khabar semua ? Alhamdulillah Huda diberikan lagi peluang untuk menaip naip yang sememangnya Huda memang suka taip menaip ni, tapi itupun kalau ada masa yang lapang. 

Alhamdulillah sekali lagi. Huda baru je habis and bebas daripada minggu peperiksaan yang sememangnya amat amat memberi tekanan kepada Huda. Bayangkan dua minggu berturut turut ada peperiksaan. Dengan subjek akaun yang sememangnya di HARAM kan oleh lecturer saya untuk mendapat markah bawah 80. Ya ALLAH. bayangkan macam mane tertekan nya Huda. Satu malam Huda tak tidur. *okayy. jangan ikut cara Huda ye. tak elok tak tidur malam* Okay. Habis cerita tentang stressnya Huda. hahaha.

********************************************************************************

Okay. Bangun bangun tidur, terus Huda bukak laptop and buat laporan untuk program dua hari lepas, nak bukak GOOGLE , nak cari image logo UiTM kesayangan saya :)

tapi, tengok tengok, google ade buat gambar bergerak dekat google tu. macam menarik, then Huda pun klik. OHHH. Valentine Day rupanya. Kalau dekat luar negara ni mesti tengah HOT tentang Valentine's Day (VD). 

okay. Huda bukan nak cakap pasal hukum hakam VD ni. sebab sememangnya Huda tak pandai nak cerita pasal hukum hakam. Kalau tersalah terangkan hukum, boleh jatuh berdosa Huda. 

tapi, Huda cuma nak cerita lah kan. sebab ramai sangat orang and kawan kawan Huda tanya persoalan yang Huda rasa macam dah lali and tak mahu dengar dah. Hahaha.

"Huda, kau ade pakwe tak ?'
"Takde."
"yeke ? Tipulah. Takkanlah takde kot"
"Ya ALLAH. dah memang takde, nak buat macam mane"

haaa. Persoalan persoalan macam ni lah, yang orang selalu tanya dekat Huda. haha. And, baru pagi tadi, ade orang tanya Huda soalan yang sama macam dekat atas tu. 

Okay. sejujurnya, memang NURIN HUDA BT ABDUL MUTTI, tidak mempunyai PAKWE or BOYFRIEND or BF. Haaa, BFF ade laaa. Syahida Suhaimi :)) Haa, dia lah BFF saya. 

okay, meh huda cerita sikit dekat awak semua. Kejadian pagi tadi. Jeng jeng jeng ~

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Pagi tadi, ade kawan Huda ketuk pintu bilik. Nak hantar laporan katanya. Huda pun dengan muka yang sememangnya baru bangun tidur, bangkitlah dari katil then straight to pintu. bukakkanlah pintu bilik huda. Dah selesai pasal laporan tu, tiba tiba kawan huda cakap macam ni :

Kawan : Huda, Huda ade pakwe ?

Huda pun jawablah dalam nada yang sememangnya nak kawal suara yang baru bangun tidur tu,

Huda : Takde. kenapa ?
Kawan : yeke ? Tipu lah. Cakaplah betul betul.
Huda : Betullah. Buat apa nak tipu. Huda takde pun pakwe or BF mende mende entah.
Kawan : Oh ye ke ? Bagus lah Huda.
Huda : Betul. Bagi Huda, benda macam ni adalah satu benda yang remeh and merimaskan. 
kawan : ohhh....

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

okay, tutup cerita pasal pagi tadi. 

Betul. bagi Huda benda yang macam ni, benda yang merimaskan. Okay, awak semua bayangkan. kalau huda ade pakwe, mesti nak kene bagitahu semua benda dekat dia. Huda nak keluar sana kena bagitahu. Nak keluar jalan jalan dengan kawan, kena bagitahu. Kalau nak mandi pun, entah entah nak kena bagitahu jugak ?! *emoji terkejut* 

Serabutnya kepala kalau semua benda kita nak buat kena bagitahu dia. Ya ALLAH ! 

AND, lagi satu. Huda sememangnya tak suka dikongkong and huda juga cepat bosan dengan orang yang kalau dah setiap hari kita buat benda bersama. Maksudnya, kalau lah Huda ade pakwe, Huda akan cepat bosan. Sebab, Huda bukan orang yang suka buat benda yang best dengan sorang je. Contohnya, kalau nak main basikal huda lebih suka keluar main sama sama dengan ramai ramai. lepastu buat jungle trekking ke dengan orang lain lah pulak. At least, Huda memperbanyakkan kenalan Huda. Kan ade pepatah berbunyi, "Berkawan biar seribu, berkasih biar satu". and buat masa sekarang ni, Huda hanya lah setia kasihkan and sayang ALLAH, ibu ayah, adik beradik and family Huda yang lain. 

So, bagi mereka mereka yang tanya kenapa lah Huda ni solo je, lepas ni takpayah nak tanya dah. Huda memang tak suka benda macam tu. Rimas. Banyak benda lagi nak kena fikir. Test. Final Exam. Assignment lagi. Ya Allah. banyaknya tak terkata. dengan laporan mingguan laporan berkala. Haish. So takde masa Huda nak fikir pasal benda remeh-temeh ni.

"Eh, Huda. Kalau macam tu, susah lah nak dapat jodoh nanti."

Awak awak semua yang saya kasihi, sesungguhnya JODOH DAN MAUT di tangan ALLAH. Andaikata dah memang jodoh Huda dengan si dia, maka dengan dia lah jodoh Huda. Dan, andaikata jodoh Huda dengan AJAL, maka dengan AJAL lah jodoh Huda. :)

So konklusinya di sini, berfikirlah secara rasional. Kalau awak rasa awak lebih selesa dengan kehidupan awak yang ber 'BF' or ber'GF', maka teruskanlah. tapi jangan salahkan orang lain kalau banyak benda yang lagi penting awak dah terlepas. sebab sememangnya awak tak berfikir dahulu sebelum bertindak.

okayylah. Dah lenguh dah bahu Huda. Duduk dekat meja belajar je dari tadi siapkan laporan laporan yang berlambak. So Huda nak mintak undur diri dahulu. Andaikata ada yang terasa dengan penulisan Huda, sesungguhnya Huda minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki. 

p/s : salam asar :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment