Tak semua orang faham apa yang kita rasa. Sebab diorang tak melalui apa yang kita lalui. Diorang tak rasa apa yang kita rasa. Senang untuk orang lain cakap. Memang cakap tu benda yang senang. Tapi diorang tau ke, berapa banyak kita keluarkan peluh kita. Berapa lama kita ambil masa untuk mencapai sesuatu.
EFFORT. It is the same meaning as USAHA (in Malay). Tapi apakah korang tahu, usaha diorang macam mana.
"Elehh, chill lah. I pun berusaha jugak. You yg tak usaha kuat"
"Alaaa, you ni. Usaha lah sikit. Barulah nampak cantik"
"Eiiii, what's on your face?!!!! Teruknya muka you!!!"
"Eii, you ni pemalas eh??!!"
Senangnya diorang judge kita. Diorang tau tak yang kita tengah berusaha ni? Diorang tahu tak, yang kita sekarang ni memang tengah cari jalan penyelesaian? Diorang tahu tak, kita punya hasil lambat lagi? Diorang tahu tak?
Well, orang orang macamni lah yang Huda tak suka. Suka hati je cakap kita gemuk, muka buruk, kusam, tak sopan.
"Hellooooo! Kau takpela. Lahir lahir je dah kurus! Boleh makan sesuka hati!"
"Kau lahir memang dah lawa, comel. Kulit muka kau pun bersih je. Flawless"
Huda nak je hamburkan ayat-ayat macam tu dekat orang orang yang suka sangat mengeji. Hey! Kau tahu tak, yang kitorang semua tengah berusaha? Apa kau ingat usaha sikit dah dapat hasilnya terus?
Kalau kita post gambar dekat instagram ke, twitter atau media sosial yang lain, ada je yg nak komen.
"Eiiii kau dah gemuk!"
"Eiii kurusnya kau!"
Hey! Lantaklah nak post gambar gemuk ke kurus. They just want to share to others how their life is going! Bukan macam you! Asyik nak post pasal makanan je. Takpun, pasal your boy/girl-friend. Euuu. U got no chill laaa deyy macha! Sikit sikit nak share pasal your partner.
So, let them post or live in their own way.. Maybe, that fat girl/boy is not eating merely for losing his/her weight. Maybe that un-flawless girl/boy is saving their money merely for buying a suitable facial product. Who knows?
Pesanan Huda kepada semua yg membaca, jangan mudah untuk kau judge usaha dia. U know NOTHING. Again, NOTHING.
Thats all from me, thank you for reading this! :)
sincerely,
HudaMutti
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment
Hai guys. Seperti biasalah, nak cerita cerita sikit dengan you all hahahaha. Tapi taktau lah kalau rasa mcm cerita ni lawak ke atau sedih bagi korang semua hahaha.
Ceritanya bermula dengan satu insiden ni. Di mana cermin mata Huda patah. Ingat lagi, tarikh 30 Ogos 2015, cerita pasal cermin mata jugak. And bendanya berulang kembali. 30 Ogos 2016 pun, cermin mata yg baru setahun pakai, patah lagi. Okay, Huda rasa lawak. Hahahaha.
Then, dah habis pasal kes cermin mata patah, hari esoknya, semua benda yg Huda buat semua tak jadi. Semuanya mcm tak betul je. Pagi esoknya, nak bukak kotak ice cream, tiba tiba tangan terluka sebab tergesel dengan bekas penutup tu. Lepastu, terlanggar dinding lah apa lah. Habis lebam lebam badan Huda hanya disebabkan terlanggar dinding lah apa lah. Okay. I am too clumsy. should be careful always. Hahaha
Next, habis cerita pasal my clumsiness, cerita pasal Huda kena alahan pulak. Ya Allah. Tak pernah allergic pun. Selalu main makan je macam macam. Sebab memang tau yg tak ada alahan. Teruknya sampai naik dekat muka rasa gatal gatal tu. Lepastu, dengan baik hatinya dan rasa simpati roommate huda, dia bawak pergi klinik. Rupa rupanya, doktor kata huda allergic pada persekitaran. Dr kata, mungkin ada terduduk mana mana yg memang badan Huda takboleh terima. Dr buat injection dkt Huda. uish. Terasa bisanya bila jarum tu masuk. Nak kata, masa kena cucuk masa darjah enam tu, lagi rasa tak sakit daripada kena cucuk yg ni. Sakitnya sampai nak tidur tu, takboleh tekan atau himpap bahagian yg kena cucuk tu. Dah lah memang dah lama tak jejak kan kaki ke klinik or any hospitals. Since kejadian tangan huda injured tu, masa tu umur 17 tahun. Form 5. lepas kejadian kena pergi hospital putrajaya berbulan bulan tu, memang dah lama tak jejak kan kaki ke hospital and klinik mana mana. seakat teman orang tu, ada lah hahahaha.
Okay. Huda rasa Huda kena banyak banyak bawak bertenang. Sebab banyak yg berlaku ni disebabkan kecuaian diri sendiri. And rasanya sebab dah banyak sangat dosa kot. So, Allah bagi sakit sikit dekat Huda.
Rasanya sampai sini je. Huda dah letih. Tadi pagi ada test. Tapi taktau lah dapat berapa :'( Apa apa, bergantung harap pada yg Maha ESA je.
Thats all for now. see ya next time!
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment
Hai guys. Rasa macam dh lama tak update blog ni. By the way, since dah lama Huda dah tak update, so Huda nak share dengan you guys.
Tadi, Huda dinner dekat wingzone. Ecewah. actually, first time i heard about 'Wingzone'. Sebelum masuk uni ni tak pernah pun dengar pasal wingzone.
ye, harganya agak mahal. kalau nak makan selalu, memang taklah. baik makan dekat kedai abang epul tu. dahlah murah, makanan pun banyak. so, nak makan dekat sini, mesti dah kosongkan perut and berjimat cermat sebelum makan hehehe. okay guys. Jumpa di lain hari okay, muah xoxo
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment