19 May 2017

Nota Buat Hati yang Sedang Duka Lara



"Duhai Hati, 

Andainya kau terasa rendah diri,
Andainya kau terasa kau tidak berguna lagi,
Andaikata kau merasakan dirimu tidak sehebat orang lain, 

Ketahuilah bahawa kau telah banyak berbakti kepada diri kau sendiri,
Kau dah mengorbankan masa kau untuk orang lain,
Walau terkadang pengorbanan kau tak disaksikan oleh orang ramai,
Cukuplah Allah SWT dan RasulNya mengetahui apa yang kau buat. 

Walau terkadang kau bersedih,
Kerana apa yang diimpikan tak dicapai oleh dirimu.

Tapi ketahuilah,
apa sahaja yang tak dikecapi olehmu sebenarnya ada hikmahnya.

Hikmah apa kah yang akan aku terima?

Siapa yang tahu.
Tiada siapa yang tahu akan hikmahnya.
Hanya Allah SWT yang tahu.
Kau akan tahu bila kau akan melalui segala kesukaran itu. 

Bukan kah Allah dan menjanjikan kita semua akan kesenangan selepas kesukaran? 

Mungkin tiada rezeki kau di tempat yang kau impikan.

Tidak mengapa. Biarkan yang berlalu terus berlalu.
Fikirkan yang akan mendatang. 
Hadapi segala kesukaran dengan sepenuh jiwamu.
Bersandarlah kepada Allah SWT,
Kerana sesungguhnya, hanya DIA yang sebaik baik penolong.


Moga engkau terus berada di jalan yang benar.
Biar terjatuh,
Agar kau dapat bangkit semula.
Biarkan semuanya berlalu"



Khas buat diri yang sedang merasakan kesedihan di saat ini.


Nurin Huda, 2017






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 comment:

Leave your comments here